Thursday, October 14, 2010

Idea Untuk Berubah

Hari ini seorang murid bertanya kepada saya,”cikgu guna mascara?”kerana sebelum ini saya tidak pernah menggunakannya semasa berada di sekolah. soalannya saya jawab dengan mengerdipkan mata beberapa kali. Tindakan itu di sambut dengan ketawa oleh pelajar tersebut.  Pertanyaan dari anak murid saya itu dan jawapan yang diberikan oleh saya, membuatkan saya terfikir kenapa suatu perubahan itu saya lakukan? Ideanya ringkas saya INGIN  kan perubahan.

Seekor anak itik tak akan boleh mengawan sekiranya anak itik tersebut tidak berubah dari anak kecil kepada itik dewasa. Seorang yang berangan-angan untuk menjadi kaya tak akan menjadi kaya sekiranya tidak berubah dengan berusaha berlipat kali ganda dari sebelumnya. Seorang yang bersalah akan sering dipandang serong sekiranya tidak berusaha untuk menyakinkan orang di sekeliling yang dia sudah berubah. Jatuh bangun sesebuah Negara juga adalah berdasarkan perubahan yang bagaimana diambil oleh pemerintah. Hebatnya kuasa perubahan!

Mengapa perlu perubahan? Rasanya semua bersetuju suatu perubahan itu penting untuk kemandirian dan untuk keberlangsungan hidup. Belajar untuk berdiri atas kaki sendiri, dan berusaha untuk mencapai apa yang di ingini. Mengapa perlu takut untuk berubah? Sekiranya perubahan yang akan di ambil itu penting dalam membangunkan diri? Bagi saya sekiranya idea untuk berubah itu ada, dan perubahan itu penting untuk memajukan diri,jangan berhenti – bertindaklah . Risiko untuk perubahan itu memang ada..semua perkara ada risikonya,sama ada kita berani atau tidak sahaja. Fikir dengan akal, Tanya dengan hati, tawakal dengan iman, bertindaklah dengan penuh berani!






Monday, October 11, 2010

Saturday, October 9, 2010

Hidup dan Usaha

berapa kali kah anda gagal atau kecewa sebelum berjaya? belum pernah? atau terlalu banyak tak terkira? tapi saya percaya kita semua bersyukur dengan apa yang kita perolehi sekarang. mungkin tak bergaji besar atau berjawatan tinggi yang penting dalam hati ada ketenangan dan semua ini akan mendorong kita semua untuk lagi berusaha..
usaha bagi saya bukan sekadar untuk berjaya dalam akademik atau untuk dapat gaji yang besar. dapatkan cinta abadi,  menepati masa, even  untuk mendapatkan perhatian si dia..semuanya memerlukan usaha yang tekal..jadi jangan kita malas berusaha ya..=)
tidak dinafikan memang sakit bila tersungkur dan  jatuh. apatah lagi we already put hard work into it..but jangan takut untuk bangun semula..saya percaya dan semoga anda juga percaya kita akan menjadi orang yang lagi kuat selepas bangkit daripada jatuh.

rasa kecewa? watch this video then think again.
apa agaknya dalam fikiran anda sekarang?

Friday, October 8, 2010

Belajar memasak; jangan mengalah sebelum mencuba



                                                  ( pic from http://www.nataliedee.com/ )
Kari ayam atau telur dadar? Apakah resepi pertama yang ingin anda cuba? Terpulang! Semuanya terpulang kepada kreativiti anda. Tidak malu untuk saya menyatakan resepi pertama ( selain masak air) adalah menanak nasi. Resepi juga kan? (LOL..). Dari pembacaan saya, orang-orang tua kata salah satu kriteria seseorang anak gadis sudah layak untuk “berteman atau tidak ” adalah dengan sempurna atau tidak dia memasak nasi..setujukah anda?
Tapi persoalannya bagaimana kalau ada yang tak pernah lagi masuk ke dapur untuk menyediakan masakan? Takut? Segan? Sekarang ni tidak payah lagi takut atau segan sebab di bawah ni adalah beberapa langkah yang boleh digunakan  untuk memulakan misi anda -  belajar memasak.!
1)    Resepi mudah – resepi adalah titik mula, tak ada resepi apa yang nak di masak kan? Tapi sebagai langkah pertama tak usah menyediakan resepi yang susah, start with a simple Telur dadar atau pun fried rice should be a good starter.

2)    Bahan / alatan memasak – rasanya semua tahu kan? Sama juga kalau nak bina rumah mesti ada bahan atau alatan yang sesuai, begitu juga seperti memasak. Penting sekali adalah bahan- bahan untuk menyediakan resepi pertama anda.
3)    Kreativiti- Usah risau kalau beranggapan diri tak punya kreativiti. Just follow the recepi. Kalau dah mahir, naturally anda akan menjadi semakin kreatif. Belajar dari pengalaman.

4)    Berilah penghormatan kepada mereka yang tahu menghargai – pernahkah anda mendengar hanya disebakan kritikan yang tidak membina, diri seolah-olah sudah mengalah? Oleh itu, jika anda ingin orang lain merasa masakan pertama anda, berilah kepada yang tahu menghargai usaha anda. Sekurang-kurangnya dia akan memberi kritikan yang mendorong anda untuk mencuba lagi. Tapi sekiranya anda seorang yang punya kekuatan dalaman yang jitu, berilah kepada sesiapa saja untuk merasa..=)

5)    Jangan berputus asa – langkah seribu bermula dari langkah pertama. Semestinya percubaan pertama tidak selalu berakhir dengan kejayaan. Walaupun begitu, jangan mudah mengaku kalah! Bangunkan gergasi dalam diri anda! Tak kan anda sebegitu cepat berputus asa? Tentu tidak kan? Nah! Apa lagi,tunjukkan kehebatan anda.
Daripada langkah-langkah di atas, yang paling penting adalah anda bersedia untuk memulakan langkah pertama tanpa unsur paksaan. Jika anda telah bersedia, jangankan gunung tinggi anda sanggup daki, lautan api pun anda sanggup renangi.
Jadi apa tunggu lagi, ayuh kita memasak!

Wednesday, October 6, 2010

Rugi dan Seksanya - BerKongsi


“kalau boleh simpan dua kenapa perlu buang satu” petikan dialog ini saya ambil dari sebuah filem tempatan. Tetapi sejauh mana kita sebagai insan  biasa boleh  berkongsi untuk  sesuatu yang pada kita ia terlalu mahal atau tidak wajar untuk dikongsi? Tepuk dada Tanya la iman..” kalau cukup satu dan daya kita hanya cukup untuk satu,kenapa perlu ditambah untuk mencukupkan kouta?
Apa kah yang sanggup kita kongsi?..
Pendapat peribadi saya,satu benda yang kita boleh kongsi adalah ILMU!. Tapi dewasa ini,terlalu ramai yang ingin berkongsi ilmu tetapi sebenarnya tak tahu apa-apa. Bagi saya lebih baik berdiam diri daripada cuba mengatakan sesuatu yang akhirnya melihatkan kebodohan..rugi dan seksanya bila di pandang seperti itu. Ada juga segelintir yang berkongsi  tentang sesuatu yang tidak diketahui hujung pangkalnya, menyebarkan sesuatu yang boleh membawa kehancuran dan kebinasaan – FITNAH, rugi dan seksanya bila kita DI SANA nanti, oleh itu jauhkanlah..
Terdapat juga segelintir hamba Allah  ini yang terlalu KEDEKUT untuk berkongsi. Ingatlah tidak akan hilang ilmu yang dipelajari itu malahan lagi mudah untuk di fahami serta di ingati malah ganjarannya di bawa sehingga mati. Ruginya jika tidak menyedari hakikat ini. Berkongsi lah..Yang kurang kita tambahkan, yang lebih kita ingatkan.
Tanyalah pada diri sendiri, bila kali terakhir kita berkongsi? Kebahagiaan, kesedihan atau  keburukkan?

Tuesday, October 5, 2010

BOOK REVIEW : DO YOU KNOW HOW TO DO IT?

Membuat sesuatu ulasan buku adalah terlalu subjektif. Tidak ada satu pun cara yang betul atau cara yang salah untuk mengulas sesuatu buku kerana setiap manusia mempunyai perspektif berbeza tentangnya . Bagi saya, amatlah penting untuk menilai sesuatu intipati pada sesebuah buku dengan kritis ini kerana seseorang penulis amat bergantung kepada ulasan seseorang pengulas apatah lagi sekiranya pengulas tersebut mempunyai jaringan “followers” yang ramai. Dengan ulasan yang baik maka ia mampu menarik lagi ramai penggemar buku untuk memiliki buku tersebut. Nah! Hebatkan seorang pengulas?, jadi bagaimana kita hendak menjadi seorang pengulas buku yang baik? Daripada http://www.lib.uwaterloo.ca/libguides/1-12.html menyatakan bahawa terdapat beberapa langkah yang mungkin kita boleh pratikkan yakni
1. Membaca buku tersebut
Tidak membaca, tidaklah dapat mengulas. Apabila membaca, pastikan kita membaca secara kritikal, tapi itu bukan bermakna kita ingin menyerang penulis tersebut dengan ulasan yang tidak berasas. Baca keseluruhan buku dari kulit ke kulit tanpa meninggalkan satu pun. Sekiranya kita tidak memahami sesuatu perkara,don’t skip it, ini kerana kita mudah untuk bersikap berat sebelah ketika mengulasnya. Sekiranya mampu,baca buku tersebut dua kali, sekali untuk overview about the book,and the second time to gather your impression and evidence. Takes notes while you read ini kerana kemungkinan kita akan lupa sekiranya kita tidak menulis on that time.

2. Sentiasa menyoal ketika membaca
Dengan menyoal, kita akan sentiasa alert dan focus dengan apa yang kita ingin ulaskan. Soalan-soalan yang mungkin kita boleh tanyakan terhadap diri sendiri seperti adakah penulis tersebut berautoriti untuk menulis buku seperti itu, adakah kandungan buku tersebut jelas, adakah buku tersebut sesuai untuk kumpulan sasaran ,adakah cara penyampaian penulis baik,adakah kesilapan yang wujud, adakah penulis menulis buku tersebut dengan berfokus atau hanya menulis sekadar SS ( syok sendiri?) dan akhir sekali Tanya diri anda adakah buku tersebut puas untuk dibaca?meyakinkan dan seronok untuk dibaca? Berilah alasan anda

3. Menulis ulasan
Menulis sesuatu ulasan sama seperti menulis karangan pendek. Tetapi ia tidak mempunyai formula khusus untuk menulisnya. Akan tetapi dengan beberapa panduan,menulis ulasan buku akan menjadi lebih mudah dan menarik. Perkara yang paling mustahak, susunlah point anda dengan jelas dan teratur mengikut aturan yang mudah dibaca dan difahami oleh pembaca. Ulas lah kekuatan dan kelemahan buku tersebut. Carilah secara kritis kemungkinan adanya topic yang mungkin tidak di tulis tetapi amat rasional dengan isi buku tersebut.

Dengan beberapa panduan ini, ulasan buku tidaklah sesukar mana yang penting ada kemahuan untuk mengulas.

Selamat mengulas!