Thursday, October 14, 2010

Idea Untuk Berubah

Hari ini seorang murid bertanya kepada saya,”cikgu guna mascara?”kerana sebelum ini saya tidak pernah menggunakannya semasa berada di sekolah. soalannya saya jawab dengan mengerdipkan mata beberapa kali. Tindakan itu di sambut dengan ketawa oleh pelajar tersebut.  Pertanyaan dari anak murid saya itu dan jawapan yang diberikan oleh saya, membuatkan saya terfikir kenapa suatu perubahan itu saya lakukan? Ideanya ringkas saya INGIN  kan perubahan.

Seekor anak itik tak akan boleh mengawan sekiranya anak itik tersebut tidak berubah dari anak kecil kepada itik dewasa. Seorang yang berangan-angan untuk menjadi kaya tak akan menjadi kaya sekiranya tidak berubah dengan berusaha berlipat kali ganda dari sebelumnya. Seorang yang bersalah akan sering dipandang serong sekiranya tidak berusaha untuk menyakinkan orang di sekeliling yang dia sudah berubah. Jatuh bangun sesebuah Negara juga adalah berdasarkan perubahan yang bagaimana diambil oleh pemerintah. Hebatnya kuasa perubahan!

Mengapa perlu perubahan? Rasanya semua bersetuju suatu perubahan itu penting untuk kemandirian dan untuk keberlangsungan hidup. Belajar untuk berdiri atas kaki sendiri, dan berusaha untuk mencapai apa yang di ingini. Mengapa perlu takut untuk berubah? Sekiranya perubahan yang akan di ambil itu penting dalam membangunkan diri? Bagi saya sekiranya idea untuk berubah itu ada, dan perubahan itu penting untuk memajukan diri,jangan berhenti – bertindaklah . Risiko untuk perubahan itu memang ada..semua perkara ada risikonya,sama ada kita berani atau tidak sahaja. Fikir dengan akal, Tanya dengan hati, tawakal dengan iman, bertindaklah dengan penuh berani!






No comments:

Post a Comment